Wednesday, 14 May 2014

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN DAN DALAM PANTANG

Assalamualaikum.

Para ibu dan bakal ibu yang dihormati,

Sedang berdepan dengan situasi berikut:

1) Akan melahirkan dalam tempoh terdekat tetapi tiada sesiapa yang dapat
membantu termasuk ibu dan saudara-mara
2) Memerlukan bantuan seseorang di dalam tempoh selepas melahirkan kerana tidak mampu melakukan penjagaan bayi bersendirian sementelah masih kepenatan akibat baru melahirkan.
3) Tiada ilmu dan pengalaman kerana pertama kali menjadi ibu dan tidak pernah berpantang.

Di Rozita Wellness & Services , kami menyediakan perkhidmatan Rawatan Selepas Bersalin dan Penjagaan dalam Pantang untuk ibu dan bayi sepanjang tempoh selepas proses kelahiran .
Tempoh berpantang adalah masa untuk ibu-ibu mengembalikan semula kesihatan dan tenaga yang hilang semasa proses melahirkan. Penjagaan dan rawatan berpantang yang betul adalah penting untuk mengekalkan kesihatan ibu dalam jangka masa panjang kerana ibu dan isteri adalah tonggak utama dalam kesejahteraan rumahtangga.


Rawatan di dalam tempoh berpantang ini mengandungi perkhidmatan seperti berikut:

** Urut Bersalin - bermanfaat memulihkan otot-otot yang tegang dan memberikan masa ibu-ibu untuk menjalani terapi dalam keadaan relax. Ia dapat melancarkan peredaran darah dan mengurangkan keselesaan sakit tulang belikat kerana penyusuan bayi.
** Mandi Herba - memberikan kesegaran tubuh badan dan merangsang ketenangan minda dan jiwa di samping dapat menghilangkan bau badan yang tidak diingini dan kurang menyenangkan
** Bertungku - dapat memabantu melancarkan peredaran darah dan memberikan kelegaan serta membantu pengeluaran darah nifas dengan lancar serta dapat membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim.
** Lulur badan - membantu menyingkirkan sel-sel mati serta memberikan kulit yang halus dan segar.
** Memasak Hidangan Untuk Ibu Bersalin - Membantu dari segi penyediaan makanan yang sesuai untuk keperluan dalam berpantang dan mengambilkira keperluan nutrisi untuk penyusuan.
** Mandi Bayi - Memastikan kebersihan bayi dan membantu para ibu yang tiada pengalaman memandikan bayi.
** Urut Bayi - Urutan dan sentuhan lembut mampu memberikan keselesaaan kepada bayi dan penting untuk stimulasi awal bagi membentuk perhubungan yang rapat dengan si kecil. Ia juga dapat membantu mengelakkan kembung perut dan menguatkan otot-otot bayi.
** Tungku bayi - mengelakkan baby dari kembung perut, dan mengelakkan hernia bagi bayi lelaki.

*****Dengan harga yang berpatutan , juga perkhidmatan terus dari rumah ke rumah.

Untuk maklumat lanjut , boleh berhubung dengan pihak kami
***(Pn Rozita Shahril Sulaiman) di talian 012-3439172

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment