Mengikut tradisi orang Melayu, berpantang bagi ibu selepas bersalin yang paling baiknya adalah 100 hari. Bagi sesetengah orang, 100 hari itu dimaksudkan dengan tempoh berpantang untuk tidak bersama suami, manakala pemakanan harus dikawal secara ketat sehingga 40 hari yang pertama.
Berbengkung
Amalan berbengkung dapat mengempiskan perut selain mengecutkan rahim bengkak selepas bersalin. Bengkung perlu dipakai sekurang-kurangnya lima jam sehari dan jika mampu wanita digalakkan berbengkung semula pada sebelah malam bagi membentuk semula tubuh, ibu bersalin perlu memakai bengkung sepanjang tempoh berpantang.
Ia juga Sebagai sokongan kepada perut lepas bersalin agar boleh berdiri dengan lurus dan mudah bergerak. Juga untuk mengelakkan dari berasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin.
bantuan kepada tulang belakang buat ibu-ibu yg baru lepas bersalin. Ia juga berkesan untuk menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan proses kelahiran.
Pemakaian bengkung sehingga paras paha lebih digalakkan, kerana ia membentuk semula bahagian badan yang berlemak. Malah, untuk mengembalikan bentuk tubuh asal ibu bersalin digalakkan memakai bengkung selama 44 hari
Bertungku
wanita perlu bertungku bagi mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku yang tertinggal di dalam perut. Tungku yang dilapik dengan kain dibalut bersama daun mengkuang dan pandan.
Amalan bertungku juga berkesan untuk membuang lendir angin selain memecahkan lemak degil. Bertungku dilakukan sekurang-kurangnya setengah jam dan bahagian paling dititikberatkan adalah paha dan perut
Urutan
Urutan selepas bersalin penting untuk mengembalikan bentuk tubuh seperti sebelum mengandung, mengurangkan ketegangan akibat kepenatan selepas melahirkan anak,melancarkan peredaran darah, membetulkan urat yang tegang semasa melahirkan anak,menenangkan fikiran, melancarkan pengaliran darah nifas, mengembalikan rahim ke tempat asalnya, membuang angin dan menyihatkan badan::
1) URUTAN SELEPAS BERSALIN
-NAIKKAN PERANAKAN
-NAIKKAN SERI MUKA
-KEMBALIKAN TENAGA
-MEMULIHKAN BADAN
Seelok-eloknya badan diurut sebulan sekali selepas habis pantang terutama di perut kerana angin berkumpul di situ. Kebanyakan penyakit yang datang dalam tempoh berpantang juga berpunca daripada perut.
Selepas bersalin, kedudukan peranakan wanita sedikit ‘lari’ daripada kedudukan asal. Urutan bertujuan menaikkan rahim dan tidak boleh dilakukan dengan kasar terutama di perut kerana ia dikhuatiri menyebabkan kecederaan dalaman.

No comments:
Post a Comment