Tuesday, 20 May 2014

Mengenai Kami

Rozita Shahril Sulaiman, seorang wanita yang mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman dalam bidang kecantikan dalaman dan luaran wanita.
Beliau bermula  dengan memberi perkhimatan dan keperluan secara sambilan khasnya kepada para wanita. Kini beliau telah mengorak langkah dengan meneruskan perniagaan ini secara sepenuh masa.
Pada awal pembabitan, servis dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh beliau ialah Urutan Selepas Bersalin. Tetapi, selepas mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan tetap dan pelanggan baru untuk mencuba pelbagai teknik dan terapi urutan, beliau telah mengembangkan pengetahuannya dengan menghadiri perlbagai jenis kelas urutan dan terapi.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Rozita Wellness And Services adalah :-
  • Urutan Tradisional
  • Urutan Ketika Hamil
  • Urutan Selepas Bersalin
  • Mandi Lulur
  • Bertangas
  • Rawatan Kecantikan
  • Penjagaan dalam pantang

Kebaikan Lulur Badan

 Assalamualaikum

Kebaikan Lulur Badan

* Mengembalikan kebersihan kulit daripada kotoran dan sel mati mendap dalam liang pori-pori.

* Mengembalikan warna kulit supaya sekata.

* Menghilangkan warna kulit berbelang.

* Mengembalikan seri kulit kusam akibat peningkatan umur dan pancaran matahari.

* Menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap.

* Menjadikan kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut.

Kami menawarkan massage service yang terbaik dari pakar di Rozita Wellness & Services.
*****Dengan harga yang berpatutan , juga perkhidmatan terus dari rumah ke rumah.
Untuk maklumat lanjut , boleh berhubung dengan pihak kami
***(Pn Rozita Shahril Sulaiman) di talian 012-3439172

Terima Kasih

Thursday, 15 May 2014

Makluman

Assalamualaikum semua.
Makluman pada semua

Saya bukanlah owner bagi Rozita Wellness & Services , sebaliknya saya adalah pengedali laman sesawang untuk Rozita Wellness & Services
Oleh itu , sebarang maklum balas , soalan , pertanyaan boleh terus hubungi Owner Rozita Wellness & Services di    ***(Pn Rozita Shahril Sulaiman) di talian 012-3439172 ataupun tinggalkan nombor anda dan pihak kami akan hubungi anda kembali.
Pihak kami juga masih baru dalam laman sesawang , segala kesulitan amat dikesali.

Mohon Maaf & Terima Kasih

:)

Kebaikan berpantang selepas bersalin

Assalamualaikum...

Mengikut tradisi orang Melayu, berpantang bagi ibu selepas bersalin yang paling baiknya adalah 100 hari. Bagi sesetengah orang, 100 hari itu dimaksudkan dengan tempoh berpantang untuk tidak bersama suami, manakala pemakanan harus dikawal secara ketat sehingga 40 hari yang pertama.


Berbengkung
Amalan berbengkung dapat mengempiskan perut selain mengecutkan rahim bengkak selepas bersalin. Bengkung perlu dipakai sekurang-kurangnya lima jam sehari dan jika mampu wanita digalakkan berbengkung semula pada sebelah malam bagi membentuk semula tubuh, ibu bersalin perlu memakai bengkung sepanjang tempoh berpantang.
Ia juga Sebagai sokongan kepada perut lepas bersalin agar boleh berdiri dengan lurus dan mudah bergerak. Juga untuk mengelakkan dari berasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin.
bantuan kepada tulang belakang buat ibu-ibu yg baru lepas bersalin. Ia juga berkesan untuk menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan proses kelahiran.
Pemakaian bengkung sehingga paras paha lebih digalakkan, kerana ia membentuk semula bahagian badan yang berlemak. Malah, untuk mengembalikan bentuk tubuh asal ibu bersalin digalakkan memakai bengkung selama 44 hari


Bertungku
wanita perlu bertungku bagi mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku yang tertinggal di dalam perut. Tungku yang dilapik dengan kain dibalut bersama daun mengkuang dan pandan.
Amalan bertungku juga berkesan untuk membuang lendir angin selain memecahkan lemak degil. Bertungku dilakukan sekurang-kurangnya setengah jam dan bahagian paling dititikberatkan adalah paha dan perut


Urutan
Urutan selepas bersalin penting untuk mengembalikan bentuk tubuh seperti sebelum mengandung, mengurangkan ketegangan akibat kepenatan selepas melahirkan anak,melancarkan peredaran darah, membetulkan urat yang tegang semasa melahirkan anak,menenangkan fikiran, melancarkan pengaliran darah nifas, mengembalikan rahim ke tempat asalnya, membuang angin dan menyihatkan badan::
1) URUTAN SELEPAS BERSALIN
-NAIKKAN PERANAKAN
-NAIKKAN SERI MUKA
-KEMBALIKAN TENAGA
-MEMULIHKAN BADAN


Seelok-eloknya badan diurut sebulan sekali selepas habis pantang terutama di perut kerana angin berkumpul di situ. Kebanyakan penyakit yang datang dalam tempoh berpantang juga berpunca daripada perut.
Selepas bersalin, kedudukan peranakan wanita sedikit ‘lari’ daripada kedudukan asal. Urutan bertujuan menaikkan rahim dan tidak boleh dilakukan dengan kasar terutama di perut kerana ia dikhuatiri menyebabkan kecederaan dalaman.

Wednesday, 14 May 2014

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN DAN DALAM PANTANG

Assalamualaikum.

Para ibu dan bakal ibu yang dihormati,

Sedang berdepan dengan situasi berikut:

1) Akan melahirkan dalam tempoh terdekat tetapi tiada sesiapa yang dapat
membantu termasuk ibu dan saudara-mara
2) Memerlukan bantuan seseorang di dalam tempoh selepas melahirkan kerana tidak mampu melakukan penjagaan bayi bersendirian sementelah masih kepenatan akibat baru melahirkan.
3) Tiada ilmu dan pengalaman kerana pertama kali menjadi ibu dan tidak pernah berpantang.

Di Rozita Wellness & Services , kami menyediakan perkhidmatan Rawatan Selepas Bersalin dan Penjagaan dalam Pantang untuk ibu dan bayi sepanjang tempoh selepas proses kelahiran .
Tempoh berpantang adalah masa untuk ibu-ibu mengembalikan semula kesihatan dan tenaga yang hilang semasa proses melahirkan. Penjagaan dan rawatan berpantang yang betul adalah penting untuk mengekalkan kesihatan ibu dalam jangka masa panjang kerana ibu dan isteri adalah tonggak utama dalam kesejahteraan rumahtangga.


Rawatan di dalam tempoh berpantang ini mengandungi perkhidmatan seperti berikut:

** Urut Bersalin - bermanfaat memulihkan otot-otot yang tegang dan memberikan masa ibu-ibu untuk menjalani terapi dalam keadaan relax. Ia dapat melancarkan peredaran darah dan mengurangkan keselesaan sakit tulang belikat kerana penyusuan bayi.
** Mandi Herba - memberikan kesegaran tubuh badan dan merangsang ketenangan minda dan jiwa di samping dapat menghilangkan bau badan yang tidak diingini dan kurang menyenangkan
** Bertungku - dapat memabantu melancarkan peredaran darah dan memberikan kelegaan serta membantu pengeluaran darah nifas dengan lancar serta dapat membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim.
** Lulur badan - membantu menyingkirkan sel-sel mati serta memberikan kulit yang halus dan segar.
** Memasak Hidangan Untuk Ibu Bersalin - Membantu dari segi penyediaan makanan yang sesuai untuk keperluan dalam berpantang dan mengambilkira keperluan nutrisi untuk penyusuan.
** Mandi Bayi - Memastikan kebersihan bayi dan membantu para ibu yang tiada pengalaman memandikan bayi.
** Urut Bayi - Urutan dan sentuhan lembut mampu memberikan keselesaaan kepada bayi dan penting untuk stimulasi awal bagi membentuk perhubungan yang rapat dengan si kecil. Ia juga dapat membantu mengelakkan kembung perut dan menguatkan otot-otot bayi.
** Tungku bayi - mengelakkan baby dari kembung perut, dan mengelakkan hernia bagi bayi lelaki.

*****Dengan harga yang berpatutan , juga perkhidmatan terus dari rumah ke rumah.

Untuk maklumat lanjut , boleh berhubung dengan pihak kami
***(Pn Rozita Shahril Sulaiman) di talian 012-3439172

Terima Kasih

Rawatan Badan Biasa

Assalamualaikum

ROZITA WELLNESS & SERVICES

Antara rawatan-rawatan yang kami tawarkan kepada semua :-

Bertangas

Bertungku


Sauna Perut

Urutan satu badan

OUR SERVICES


ROZITA WELLNESS SERVICES

Assalamualaikum..

Tubuh badan merupakan salah satu aset yang amat penting bagi semua orang.
Kami di Rozita Wellness & Services menyediakan
1) Perkhidmatan Rawatan Kecantikan
2) Rawatan Urutan Selepas Bersalin
3) Urutan Tradisional Melayu
4) Bertungku
5) Hot Stone
6) Mandi Herba
7 ) Bertangas
8) Sauna
9) Lulur

*****Dengan harga yang berpatutan , juga perkhidmatan terus dari rumah ke rumah.
Untuk maklumat lanjut , boleh berhubung dengan pihak kami
***(Pn Rozita Shahril Sulaiman) di talian 012-3439172

Terima Kasih