Assalamualaikum...di sini ingin kami tekankan kepada anda semua sekiranya ingin menjalani rawatan urutan..
** Pesakit yang ingin diurut haruslah duduk dalam keadaaan berehat dan
bebas daripada memakai pakaian yang sempit yang boleh menganggu aliran
darah.
** Dicadangkan urutan kawasan refleksi dengan
mengunakan minyak urut yang sesuai untuk mengelakan kulit daripada
cedera atau melecet.
** Semasa mengurut pula, jika pesakit
merasa kesakitan yang amat sangat maka orang yang mengurut haruslah
memberitahu pesakit supaya dapat menahan kesakitan yang dialami akibat
urutan. Jika pesakit tidak dapat menahan kesakitan maka urutan
hendaklah dihentikan seketika bagi meredakan kesakitan.
**
Biasanya keberkesanan urutan refleksi ini adalah berbeza mengikut umur.
Orang yang lebih muda biasanya sudah mencukupi dengan diurut 3 hingga 4
kali berbanding orang tua yang memerlukan urutan yang lebih untuk
mendapat kesan yang sama.
** Dalam satu-satu masa pula,
biasanya kawasan refleksi diurut selama 5 minit .Jika kesakitan yang
dialami akibat kesan urutan dapat ditahan maka masa urutan sehingga 10
minit bolehlah dilakukan bagi satu–satu kawasan refleksi.
** tidak melakukan pengurutan sejam selepas makan.
** Semasa mengurut kawasan refleksi, pada satu–satu masa hanya satu
kawasan sahaja yang diurut, kemudian setelah selesai barulah berpindah
kepada kawasan refleksi yang lain.
** Apabila selesai satu-satu
sessi pengurutan haruslah minum air sebanyak dua hingga tiga gelas
air. Ini adalah penting agar kotoran yang terdapat dalam badan dapat
disingkirkan dengan lebih cepat, tetapi aturan ini terkecuali bagi
pesakit buah pinggang. Pesakit buah pinggang hanya dibenarkan meminum
air kurang daripada setengah gelas selepas pengurutan dijalankan.
** Bagi kawasan refleksi yang melibatkan kelenjar pula tidak boleh
diurut terlalu keras ini adalah untuk mengelakan kesan sampingan
daripada berlaku.
** Kepada mereka yang sudah teruk mengalami
penyakit-penyakit seperti jantung, kencing manis, sakit kuning atau
barah, cara mengurutnya adalah tidak terlalu kuat dan tiap-tiap
bahagian refleksi tidak boleh diurut melebihi 2 minit bagi satu-satu
masa pengurutan.
** Perkara yang sebaliknya pula harus
dilakukan kepada mereka yang mengalami penyakit tulang. Mereka yang
mengalami penyakit tulang harus diurut dengan kuat agar kesannya lebih
cepat dirasai.
** Semasa pengurutan dilakukan kadangkala timbul
kesan-kesan kehitaman pada bahagian yang diurut. Ini adalah petanda
baik teruskan urutan sehingga bahagian refleksi tersebut sembuh.
** Bagi mereka yan sedang mendapatkan rawatan doktor pula disarankan
agar menghentikan dahulu semua jenis ubat yang dimakan kerana ubat
tersebut boleh menghalang atau melambatkan proses penyembuhan cara
urutan refleksi ini. Ini terkecuali bagi para pesakit jantung dan
kencing manis. Ubat yang diperolehi daripada doktor harus dimakan
secara berterusan seperti biasa.
No comments:
Post a Comment